Pandangan Aliran Jemaat Al-Masehi terhadap Ketuhanan Kristus dan Trinitas

Pandangan Aliran Jemaat Al-Masehi terhadap Ketuhanan Kristus dan Trinitas

Dikirim oleh: Romadi (Al-Islah)

//

Ketuhanan Kristus

(Edisi 20 19951203-19991108)   Karangan yang amat penting ini memeriksa pandangan alkitabiah tentang ketuhanan Kristus. Karya ini memeriksa dan membincangkan berbagai pandangan dari Unitarianisme Radikal ke Teologi Proses Trinitarian. Pra-kewujudan Kristus dibuktikan dari Kitab Suci. Karangan Tentang Keabadian (No. 165) melengkapi karya ini.     
Ketuhanan Kristus

Kertas ini berbicara tentang soal Ketuhanan Kristus sebagaimana yang dibangkitkan dalam karangan Kongres Kependetaan Antarabangsa dari Jemaat Tuhan (Hari Ketujuh) 5 hingga 10 Disember 1994, yang diterbitkan dalam Bible Advocate Februari 1995.   Perkara ini amat penting sekali kerana ia membayangkan satu perubahan dalam arah tujuan di kalangan para pendeta dari salah satu Jemaat-jemaat Tuhan dari pendirian Unitarian tradisional kepada pendirian yang secara efektifnya mengesahkan struktur Trinitarian seperti yang ditetapkan dari Sidang Chalcedon. Pendirian ini dinyatakan dalam apa yang disalahkenal sebagai Syahadat Nicene atau Syahadat Sidang Nicea, sedangkan ia bukan itu. Perkembangan ini penting kerana Jemaat Tuhan telahpun menjadi Unitarian selama kira-kira sembilan belas abad.   Istilah-istilah untuk rujukan: Alkitab dianggap sebagai sumber bukti yang pasti dalam hal ini. Di sini kita pentingkan apa yang betul dan masuk akal dari segi alkitabiah.   Persoalan utamanya adalah: Adakah Kristus memiliki sifat ilahi dan, jika ya, bagaimana dia bersifat begitu?   Jawapan pertama yang mungkin adalah bahawa Kristus bukan ilahi dan dari segi sifat dasarnya dia hanya seorang manusia. Kemungkinan pertama ini terbahagi kepada dua bahagian.   1. Usul pertama adalah bahawa dia hanyalah seorang manusia tanpa kewujudan sebelumnya. Usul ini adalah usul yang mungkin boleh ditentukan sebagai Unitarianisme Radikal. Ini menegaskan kedudukan Allah Maha Esa hingga ia bukan saja menyangkal keilahian pra-kebangkitan yang disifatkan kepada Kristus tetapi juga sebarang kedudukan pra-penjelmaan. Maka Kristus tidak mengorbankan apa-apa selain kewujudan duniawinya untuk teman-teman manusianya.   Bukti alkitabiah bertentangan dengan usul 1. Yohanes 1:1 menetapkan usul dua makhluk ilahi dari segi pembezaan nominatif akusatif antara Allah dengan menggunakan kasus akusatif dan artikel definit berhubungan Bapa saja dan kasus nominatif dan tiada artikel untuk theos berhubungan logos yang disamakan di sini dengan Mesias. Penggunaan kasus akusatif dan artikel definit ini adalah tetap di seluruh Alkitab. Ia digunakan hanya untuk Bapa. Ini dicatatkan oleh Komentar Heydock kepada teks 1Yohanes 5:20 (versi Douay-Rheims tahun 1851 yang cuba menyifatkan artikel itu kepada Kristus pada 1Yohanes 5:20) dan dari Latin Vulgate.   Yohanes 1:2-3 menegaskan pra-kewujudannya sebagai makhluk ghaib. Peranannya dalam penciptaan dinyatakan dari Yohanes 1:10. Dia datang untuk memberi kesaksian kepada Terang itu namun dia bukanlah Terang itu tetapi telah diutus untuk memberi kesaksian tentang Terang itu yang merupakan Terang sejati. Terang sejati ini yang menerangi setiap umat manusia akan datang ke dunia (Yohanes 1:8 Oxford Annotated RSV). Terang sejati itu adalah kuasa Tuhan yang kita kenali sebagai Roh Kudus. Semua yang menerima Kristus, yang percaya pada namanya, diberinya kuasa untuk menjadi anak-anak Tuhan (Yohanes 1:11). Dia menjadi manusia dan tinggal di antara kita, penuh kasih karunia dan kebenaran; kita telah melihat kemuliaannya sebagai kemuliaan seorang yang satu-satunya lahir (monogenous para patros) dari seorang bapa (Yohanes 1:14 Teks Utama Marshall ’s Interlinear).   Allah tiada seorangpun pernah melihatnya. Satu-satunya tuhan (theos) yang dilahirkan yang berada dalam pangkuan Bapa [?dia] telah menyatakan (Yohanes 1:18 Teks Utama Marshall ’s Interlinear).   Tuhan telah membawa prototokos ke dunia (Ibrani 1:6). Elohim ini telah diurapi dengan minyak tanda kesukaan melebihi teman-teman sekutunya (Mazmur 45:6-7; Ibrani 1:8-9). Makhluk ini adalah prototokos, atau yang sulung, dari segala ciptaan Tuhan (Kolose 1:15). Oleh itu dia adalah permulaan dari ciptaan Tuhan (Wahyu 3:14). Tuhan (atau kurios) ini adalah suara Tuhan dalam padang gurun sewaktu Keluaran (Kisah 7:33).   Oleh sebab itu, ianya tidak boleh dipertikaikan lagi bahawa Alkitab menegaskan kewujudan ghaib Kristus sebelum penjelmaan manusianya. Maka Usul 1 ditolak.   2. Usul kedua adalah bahawa Kristus wujud sebagai makhluk pra-penjelmaan. Dari ayat-ayat yang menolak usul 1, usul 2 dipastikan.   Maka Kristus mempunyai kewujudan pra-penjelmaan.   2.1 Adakah Kristus satu-satunya anak Tuhan?   Alkitab cukup jelas bahawa Kristus bukanlah satu-satunya anak Tuhan. Apabila bumi mula dibentuk anak-anak Tuhan telah berkumpul dan semua Bintang Fajar atau Pembawa Terang bernyanyi bersama-sama dan semua anak-anak Tuhan bersorak sukacita (Ayub 38:4-7).   2.2 Adakah Kristus satu-satunya yang diberikan kuasa atas dunia?   Jawapan jelasnya adalah tidak. Semua bangsa diberikan pusaka mereka oleh Sang Mahatinggi menurut bilangan anak-anak Tuhan (Ulangan 32:8, lihat Oxford Annotated RSV; MT telah diubah sesudah zaman Kristus dan sebab itu begitulah terjemahan dalam KJV; lihat LXX aggelon theou; dan Skrol-skrol Laut Mati (DSS, Dead Sea Scrolls), Beny Eliym).   Bagian Yehovah adalah Israel . Yakub adalah pusaka bagiannya (Ulangan 32:9). Yehovah di sini telah diberikan bagiannya oleh Sang Mahatinggi. Maka gelaran Yehovah juga dipakai oleh Tuhan subordinat (bawahan).   2.3 Adakah semua anak-anak Tuhan itu dapat menghampiri takhta Tuhan?   Jawapannya adalah ya. Anak-anak Tuhan menghadirkan diri mereka di hadapan Tuhan dengan tetap (Ayub 1:6; 2:1). Ini termasuk Iblis yang juga adalah seorang anak Tuhan (Ayub 2:1) dan theos atau tuhan dunia ini (2 Korintus 4:4).   2:4 Adakah semua anak-anak itu setia?   Jawapannya tidak. Anak-anak Tuhant telah meninggalkan kedudukan-kedudukan mereka yang diberikan kepada mereka dan kerana itu menghadapi penghakiman (Yudas 6; Kejadian 6:4). Iblis telah mengambil satu pertiga dari anak-anak Tuhan dan memberontak terhadap Allah Mahatinggi (Wahyu 12:3-6).   3. Adakah Kristus mempunyai sifat tuhan dan, jika ya, bagaimana? 3.1 Kristus dipercayai mempunyai sifat Tuhan melalui Roh Kudus. Maka dia dalam rupa Tuhan. Dia tidak cuba mencapai kesetaraan dengan Tuhan (Filipi 2:6, Marshall ’s Interlinear RSV dan seterusnya, bukan KJV). Dia telah mengosongkan dirinya dan mengambil rupa seorang hamba dan dilahirkan sama seperti manusia. Dan dalam rupa manusia dia merendahkan dirinya dan taat sampai mati, malah mati atas stauros, pancang yang dipanggil salib (Filipi 2:7-8). Begitu juga, umat pilihan sama-sama berkongsi dalam sifat atau kodrat ilahi ini (2Petrus 1:4).   Jadi kita lihat bahawa sebagaimana anak-anak mengambil bagian dari daging dan darah, dia juga mengambil bagian dalam sifat yang sama, supaya melalui kematian dia dapat memusnahkan Iblis yang mempunyai kuasa maut.   Oleh itu dia perlu dijadikan sama seperti saudara-saudaranya, dalam segala hal (Ibrani 2:17 RSV), agar dia menjadi Imam Besar yang berbelas kasihan dan yang setia kepada Allah untuk mendamaikan dosa seluruh bangsa. Kerana dia juga telah menderita dan dicuba, dia dapat membantu mereka yang dicuba (lihat Ibrani 2:10, 11, 14-18). Maka Imam Besar yang kita punya, bukanlah imam besar yang tidak dapat turut merasakan kelemahan-kelemahan kita, namun sama seperti kita telah dicuba dalam segala hal, hanya tidak berbuat dosa (Ibrani 4:15).   Oleh kerana itu, bila menjelma sebagai manusia, Kristus sama seperti manusia dalam segala hal. Bagaimanapun, Kristus tetap dipenuhi ketuhanan (theotetos) iaitu intisari Tuhan (Kolose 2:9) kerana kualiti berbeza dari sifat (lihat Kamus The New Thayers Greek-English Lexicon dan di bawah). Keilahian atau kodrat ilahi ini juga tersedia untuk umat manusia supaya kita boleh memiliki sifat Tuhan (Kolose 2:10).   Maka kita mensahkan sifat tuhan Kristus.   3.2 Adakah sifat tuhan yang dikongsi bersama Kristus sebagai seorang manusia berbeza dari yang lain?   Jawapannya adalah tidak. Dia dijadikan sama seperti kita dalam segala hal (Ibrani 2:17 RSV) supaya kita menjadi waris-waris bersama dengannya (Roma 8:17; Galatia 3:29; Titus 3:7; Ibrani 1:14; Ibrani 6:17; 11:9; Yakobus 2:5; 1 Petrus 3:7).   3.3 Adakah kenyataan bahawa Kristus memiliki sifat atau kodrat ilahi (divine nature) bererti benda yang sama seperti memiliki ketuhanan (deity)?   Nampaknya jawapannya adalah tidak. Thayer mengatakan bahawa ketuhanan (theot) berlainan dari sifat tuhan (theiot) kerana intisari berlainan dari kualiti atau sifat (Thayers, halaman 288). Kepenuhan Ketuhanan berdiam secara jasmaniah dalam Kristus (Kolose 2:9). Maka ayat ini sepatutnya ditulis ketuhanan atau keadaan menjadi Tuhan. Maka ertinya adalah kepenuhan intisari Tuhan berdiam secara jasmaniah dalam Kristus. Kepenuhan atau intisari inilah yang diberikan kepada kita agar semua umat manusia dapat mengenakan sifat Tuhan yang baru (Kolose 3:10). Mereka bukan Yahudi dan bukan Yunani namun semuanya milik Kristus kerana dia ada dalam semuanya (Kolose 3:11). Dia menguatkan orang-orang melalui kuasa Roh Kudus, demi untuk menjadikan Tuhan semua dalam semua pada akhirnya (1Korintus 15:28 KJV; lihat juga Marshall’s Interlinear RSV; tidak seperti dalam NIV).   4. Adakah seorang atau dua Allah? Ini mungkin pertanyaan yang salah. Alkitab jelas bahawa Allah Maha Esa hanya seorang saja (Yohanes 17:3; 1 Yohanes 5:20) dan bahawa Dia seorang saja yang abadi (1 Timotius 6:16). Yohanes 17:3 juga menyatakan bahawa Yesus Kristus adalah anaknya. Maka Kristus berbeza dari Allah Maha Esa yang satu-satunya abadi.   Oleh itu Alkitab mensahkan Ketunggalan Tuhan dan bahawa Allah Maha Esa adalah Bapa. Bapa ini dinamakan sebagai Eloah dari Perjanjian Lama (Amsal 30:4-5). Dia juga dipanggil Allah Mahatinggi (Kejadian 14:18; Bilangan 24:16; Ulangan 32:8; Markus 5:7). Dia berbeza daripada Kristus sebagai anak.   Ulangan 6:4 berkata Shema Yishrael Jehovah Elohenu Jehovah Ehad. Ianya diandaikan, hanya oleh umat Kristian, bahawa teks ini, yang maknanya Dengarlah, hai orang Israel: TUHAN itu Allah kita, TUHAN itu esa merujuk kepada dua makhluk dan bahawa Elohenu merupakan terbitan dari perkataan plural Elohim. Elohim sendirinya adalah terbitan plural dari Eloah yang singular. Istilah Elohenu di sini adalah singular dan berhubungan hanya kepada Allah Mahatinggi, Eloah, iaitu Allah Bapa (lihat Amsal 30:4-5).   Tuntutan-tuntutan Trinitarian untuk teks ini tidak mempunyai dasar. Pembagian istilah Yehovah mempunyai dua penerapan seperti yang akan kita lihat kemudian. Komentar-komentar Soncino berkata tentang teks ini:   TUHAN itu Allah kita, TUHAN itu Esa. TUHAN, yang sekarang adalah Allah kita dan bukan bangsa-bangsa lain, satu masa nanti akan diakui sebagai satu-satunya Allah [Rashi]. Esa menandakan ‘Dia seorang’ adalah TUHAN [Ibn Ezra]. Teks itu mempunyai Allah kita kerana Dia melakukan keajaiban-keajaibanNya dengan Musa [Nachmanides]. Huruf-huruf akhir ayin dan daleth dalam perkataan Ibrani untuk dengar dan Esa ditulis dengan besar untuk menumpukan perhatian pada idea yang terkandung di dalamnya [Sforno].   Segala keajaiban yang dilaksanakan dengan Musa telah dilakukan oleh Malaikat Hadirat di bawah perintah Tuhan. Tiada seorangpun termasuk Musa pernah melihat Tuhan atau mendengar suaraNya (lihat Malaikat YHVH (No. 24) CCG, 1994). Penggunaan nama Yehovah adalah dengan delegasi. Terdapat dua bentuk Yehovah. Bentuk-bentuknya adalah SHD 3068 Jehovah (Yehovah) dan SHD 3069 Jehovih (Yehovih). Yehovah merupakan nama nasional Yahudi untuk Tuhan dan dituliskan sebagai TUHAN (the Lord). SHD 3069 digunakan selepas SHD 136 Adonai dan disebut oleh orang Yahudi sebagai Elohim demi untuk menghalang pengulangan bunyi yang sama seperti 3068 yang ditulis sebagai Adonai. Nama yang ditulis sebagai elohim ini adalah nama untuk Tuhan. Maka Adonai Yehovah adalah makhluk bawahan dan Tuhan nasional Israel. Yehovih Elohim adalah Allah dan Allah kepada Adonai Yehovah. Ini adalah pengertian Mazmur 45:6-7 dan Ibrani 1:8-9. Yehovah muncul kepada para nabi dan menyampaikan perintah-perintah dari Yehovih Elohim atau Yehovah Elohim. Mesias berdiri dalam nama Yehovah Elohim (Mikha 5:4). Ini adalah Tuhan Allah, Allah atau Allah Semesta Alam (Amos 3:13; 4:13; 5:14; dan seterusnya). TUHAN Semesta Alam telah mengutus Yehovah kepada semua bangsa. Ini jelas dari Zakharia 2:8-9.   Zakharia 2:8-9  Sebab beginilah firman TUHAN semesta alam, yang dalam kemuliaan-Nya telah mengutus aku, mengenai bangsa-bangsa yang telah menjarah kamu–sebab siapa yang menjamah kamu, berarti menjamah biji mata-Nya–: 9 “Sesungguhnya Aku akan menggerakkan tangan-Ku terhadap mereka, dan mereka akan menjadi jarahan bagi orang-orang yang tadinya takluk kepada mereka. Maka kamu akan mengetahui bahwa TUHAN semesta alam yang mengutus aku.   Ianya jelas di sini bahawa Yehovah berbeza dari TUHAN semesta alam. Maka Yehovah Israel bertindak mengikut perintah Tuhan yang lebih tinggi.   Entiti di sini yang merupakan elohim Israel dijelaskan kemudiannya dalam Zakharia sebagai Malaikat Yehovah yang mengepalai keluarga Daud. Keluarga ini juga akan menjadi seperti Elohim.   Zakharia 12:8 Pada waktu itu TUHAN akan melindungi penduduk Yerusalem, dan orang yang tersandung di antara mereka pada waktu itu akan menjadi seperti Daud, dan keluarga Daud akan menjadi seperti Allah, seperti Malaikat TUHAN, yang mengepalai mereka.   Perkataan untuk Tuhan di sini adalah elohim. Maka keluarga Daud akan menjadi seperti Tuhan seperti Malaikat Yehovah yang mengepalai mereka. Makhluk yang mengepalai keluarga raja ini, iaitu umat pilihan, adalah Mesias. Sesungguhnya Mesias dikenalpasti sebagai elohim dari Mazmur 45:6-7 dan Ibrani 1:8-9.   5. Adakah elohim-elohim ini terbatas kepada dua elohim atau entiti? Jawapannya adalah tidak. Mazmur menunjukkan sepenuhnya bahawa elohim adalah suatu sidang.   Elohim ini menghakimi di antara para elohim (Mazmur 82:1). Pangkat ini diluaskan kepada umat manusia (Mazmur 82:6; Zakharia 12:8). Dia lebih besar dari elohim yang lain (Mazmur 86:8). Tuhan adalah raja agung di atas semua elohim (Mazmur 95:3) dan lebih dahsyat daripada semua elohim (Mazmur 96:4). Tuhan patut disembah oleh elohim (Mazmur 97:7) dan dia dimuliakan atas mereka (Mazmur 97:9). Yehovah Israel, adon (singular) atau Tuhan Israel adalah melebihi segala elohim (Mazmur 135:5). Yehovah Elohim Sabaoth adalah Jah atau Tuhan yang kuat (Mazmur 89:8-9).   Maka entiti-entiti ini adalah berlainan dan lebih dari dua. Adanya seorang Elohim segala Elohim yang merupakan tumpuan pujian dan kesyukuran (Mazmur 136:2). Elohim ini telah mengurapi Mesias dengan minyak tanda kesukaan melebihi teman-teman sekutunya. Teman-teman ini adalah elohim yang semuanya adalah anak-anak Tuhan. Kristus mencapai statusnya sebagai anak Tuhan yang berkuasa dari kebangkitannya dari mati (Roma 1:4). Dia telah melepaskan kedudukan yang dipegangnya untuk ditinggikan melebihinya dan sebagai Imam Besar (Ibrani 1:3-14; 2:5-10). Dia yang menguduskan dan mereka yang dikuduskan semuanya mempunyai satu asal. Itulah sebabnya kenapa dia tidak malu memanggil mereka saudara (Ibrani 2:11). Semua akan menjadi elohim sebagai anak-anak Tuhan. Sebagai waris-waris bersama kita juga akan mencapai status ini. Sejak permulaan Jemaat kita telah memegang doktrin ini. Irenaeus berpendapat bahawa Mazmur 82:1 merujuk kepada theoi atau tuhan-tuhan (elohim) yang termasuk umat pilihan, iaitu mereka yang diangkat menjadi anak (Against Heresies, Bk. 3, Ch. 6, Ante-Nicene Fathers, Vol. 1, halaman 419). 6. Jadi bagaimana pula adanya berbagai elohim? Elohim dikenalpasti sebagai Bene Elyon atau anak-anak Yang Mahatinggi. Kenyataan ini telah dikomentar oleh ramai sarjana. Sabourin SJ, The Psalms Their Origin and Meaning Alba House, NY, halaman 72-74 memperhatikan penggunaan-penggunaan ini dan mengakui bahawa kewujudan elohim sebagai satu sidang telahpun menjadi sebahagian dari susunan agama Yahudi selama beribu tahun. Ia bukan satu konsep baru. Apa yang baru adalah tuntutan bahawa istilah elohim terbatas kepada dua makhluk. Tuntutan tersebut telah dibuat oleh orang bukan Ibrani yang merupakan orang Trinitarian atau Binitarian yang mendahuluinya.   Pengertian ini dijelaskan dengan lebih lengkap dalam Wahyu 4:1 hingga 5:14. Sidang tua-tua adalah sidang dalaman Angkatan Syurgawi. Keimamatan bait menggambarkan Imam Besar, iaitu Kristus (Ibrani 8:1-2), dan dua puluh empat tua-tua di sekeliling takhta Tuhan yang mendengar segala doa orang-orang kudus (Wahyu 5:8).   Maka ada banyak elohim. Ada kira-kira tiga puluh dalam sidang dalaman dan orang-orang Kudus atau qadosim atau orang-orang kudus berupa malaikat difahamkan berada dalam struktur dalaman dan luaran. Orang-orang kudus atau qadosim SHD 6918 dilihat dari Mazmur 89:1-8, Ayub 5:1 dan Zakharia 14:5 dan adalah manusia juga.   Sidang dalaman dan luaran difahamkan mempunyai bilangan tujuh puluh [dua] yang digambarkan oleh Sanhedrin atau para penatua dan kemudian oleh kumpulan tujuh puluh yang ditahbiskan oleh Kristus (Lukas 10:1,17). Ayatnya menuliskan hebdomekonta [duo] (lihat Marshall’s Interlinear) atau tujuh puluh [dua] namun ditulis tujuh puluh kerana bilangan Sanhedrin juga bukan sekadar tujuh puluh. Bangsa-bangsa juga difahami adalah sebanyak tujuh puluh kerana bilangan sidang-sidang seperti yang dibahagikan dari Ulangan 32:8.   Bilangan Angkatan Syurgawi beralih dari sidang tiga puluh ini dan kemudian tujuh puluh kepada struktur pemerintah Angkatan Syurgawi yang dikenali sebagai seribu. Ianya difahamkan dari Ayub bahawa satu di antara seribu itu harus mendamaikan dosa-dosa manusia sebagai penengah (Ayub 33:19-24; khasnya ayat 23).   Anak-anak Tuhan ini dikenali sebagai utusan atau wakil (lihat atas) atau malak yang diterjemah sebagai aggelos dalam bahasa Yunani dan dengan itu angel dalam bahasa Inggeris. Mereka juga dikenali sebagai penjaga (Daniel 4:13,17,23). Anak-anak Tuhan ini juga dikenali sebagai elahhin, perkataan yang sepadan dengan elohim, dalam bahasa Kasdim. Kediaman mereka bukan di antara manusia (Daniel 2:11).   Maka elohim atau elahhin iaitu bentuk plural Eloah atau Elahh (Kasdim) atau Allahh (Arab) adalah anak-anak Eloah. Anak khusus yang ditentukanNya untuk menebus umat manusia dinamakan dalam Amsal 30:4-5 sebagai anakNya. Makhluk itu adalah Elohim Kaum Bapa (Patriak) yang juga adalah Malaikat Pelepasan dari Kejadian 48:15-16. Elohim yang telah memberi makan kepada Yakub seumur hidupnya juga adalah malaikat yang telah melepaskannya. Malaikat Pelepasan ini adalah dari Ayub 33:23, seorang dari anak-anak Tuhan. Dia dilantik untuk menjadi Imam Besar Rumah Tuhan dan menjadi El Bethel atau El Rumah Tuhan (Kejadian 28:10-22).   Maka terdapat banyak anak-anak Tuhan yang sama-sama mengambil bahagian dalam sifat tuhan dengan Bapa. Cara dengan apa mereka sama-sama mempunyai sifat tuhan ini hanyalah dengan Terang yang datang ke dalam dunia untuk mendamaikan manusia kepada Tuhan, dan itu adalah Roh Kudus (Yohanes 1:9).   7. Pernyataan kemudian dibuat oleh kumpulan Trinitarian dari premis-premis yang berdasarkan Falsafah Yunani. Mereka menyerang idea pendamaian Ibrani. Mereka menegaskan bahawa anak yang bergantung pada Bapa untuk kekekalan dan kewujudannya adalah “lebih rendah” dan “berlainan intinya dari Bapa” dan “oleh itu, anak tidak seperti Bapa”. Semua pernyataan ini adalah tuntutan-tuntutan palsu bukan alkitabiah yang berdasar pada premis-premis falsafah Yunani tentang kapasitas bagi mereka yang sama jenis untuk berkawan atau mendamaikan untuk yang sama jenis. Konsep ini tidak berdasarkan apa-apa dalam seluruh struktur pemikiran Ibrani yang berunsurkan perintah-perintah Tuhan. Tuntutan-tuntutan palsu ini adalah serangan terhadap seluruh konsep korban yang merupakan bayangan pengorbanan Kristus yang mendamaikan.   Kristus memasuki Tempat Mahakudus dengan darahnya sendiri dan bukannya darah lembu. Dia menyerahkan dirinya (Ibrani 7:26-28). Dia berterusan dalam keimamatan yang tidak berubah (Ibrani 7:24). Setiap Imam Besar ditetapkan untuk mempersembahkan korban dan persembahan (Ibrani 8:3). Imam Besar masuk ke dalam Tempat Mahakudus sekali setiap tahun dan harus dengan darah yang dipersembahkan untuk dirinya sendiri dan untuk pelanggaran-pelanggaran umat (Ibrani 9:7). Roh Kudus menandakan dengan ini bahawa jalan ke dalam tempat yang kudus itu belum lagi terbuka selagi khemah pertama itu masih ada (Ibrani 9:8).   Maka korban yang tidak bersalah untuk mendamaikan yang rendah kepada yang tinggi adalah suatu proses pemikiran yang integral kepada kebaktian Ibrani dan susunan yang ditetapkan ilahi. Penolakan kecukupan korban ini merupakan satu serangan terhadap kecukupan rencana pendamaian Tuhan.   Demi untuk menyerang dasar teologi Ibrani serta janji-janji kepada Israel, orang Yunani terpaksa melemahkan konsep-konsep keunggulan Tuhan atas elohim atau anak-anak Tuhan. Untuk itu mereka harus meninggikan Kristus hingga setara dengan Tuhan supaya mereka boleh menyatakan bahawa hukum-hukum yang diberikan oleh Tuhan melalui Torah (Taurat) dapat diubah. Konsep elohim yang diluaskan hanya dapat disangkal dengan membataskan cara untuk memasukkan sifat tuhan itu dan meminggirnya sebagai satu entiti. Dengan itu Roh Kudus akhirnya dinyatakan sebagai satu oknum dari Sidang Chalcedon pada tahun 451 yang mensahkan pernyataan yang separuh terbentuk dari Sidang Constantinople pada 381. Sidang Nicea tahun 325 tidak membicarakan isu ini. Syahadat ini, yang dipanggil Syahadat Nicene sempena sidang ini, merupakan rekaan kemudian.   Untuk menyokong serangan-serangan atas hukum ini, ketuhanan Kristus telah ditegaskan dalam usul-usul Modalisme. Ini hanya menyangkal bahawa Kristus adalah entiti yang berbeza dari Bapa. Ini jelas sekali tidak cukup dan nyata sekali suatu bidaah hinggakan ia hanya diterima di Rom dan Alexandria. Trinitarianisme ingin menyerang subordinasi Kristus serta pergantungan Kristus pada Bapa untuk hidup sebagai korban yang tidak mencukupi. Ini dilakukan dari premis bahawa hanya yang sama jenis saja boleh berkawan dengan jenisnya. Ini merupakan idea yang khusus kepada Yunani dan menyangkal seluruh tujuan Kitab Suci. Perkataan Yunani agape yang digunakan untuk merujuk kepada kasih Tuhan adalah pinjaman dari perkatan Ibrani SHD 160 ‘ahabah. Perkataan agape ini tidak muncul di kalangan orang Yunani dan falsafah mereka sehinggalah Septuagint (LXX) ditulis. Oleh itu konsep-konsep kasih sayang anak beranak dan cinta erotik telah menyebabkan kemunculan proses pemikiran Yunani yang salah ini yang kemudiannya digunakan untuk menyerang Kitab Suci dan menghapuskan hukum. Trinitas adalah, pada dasar falsafahnya, satu serangan terhadap perintah-perintah Tuhan. Kristus harus dijadikan sama taraf dan sama abadi dengan Tuhan untuk membenarkan satu perubahan dalam hukum. Hakikat bahawa ini tidak dapat dipertahankan secara alkitabiah telah diabaikan dan ayat-ayat yang menyangkal tuntutan ini telah diabaikan, diserang, disalahgambar atau disalahterjemah.   Proses pertimbangan sirkular (tidak berujung pangkal) kemudiannya dipakaikan kepada konsep itu bahawa, jika anak itu tidak sama dengan Bapa, kenapa pula dia diberikan kemuliaan, penghormatan dan, dalam pengertian yang disalahpakai, penyembahan?   8. Pertimbangannnya adalah salah. Hal berkenaan adalah perkembangan yang perlu bagi Monoteisme. Definisi: Suatu Makhluk adalah apa yang ada atau wujud.   Aksioma: Apa yang dipercayai wujud semestinya adalah suatu Makhluk.   Alkitab mengandungi premis-premis berikut:

  1. Hanya ada satu Allah Maha Esa (Ulangan 6:4; Yohanes 17:3; 1 Yohanes 5:20).
  1. Dia mempunyai anak-anak (Kejadian 6:4; Ayub 1:6; 2:1; 38:4-7); di mana salah satunya adalah Yesus Kristus (Yohanes 17:3).
  1. Dia seorang saja yang abadi (1 Timotius 6:16). Dia hidup sampai selama-lamanya (Wahyu 4:9).
  1. Mengikut kehendakNya segala sesuatu wujud dan telah dicipta (Wahyu 4:11).

Kesimpulan: Maka segala sesuatu, sama ada entiti atau Makhluk, adalah hasil kehendak Bapa.   Alkitab berpendapat bahawa anak-anak Tuhan wujud. Secara definisi suatu Makhluk adalah sesuatu yang wujud. Oleh itu Tuhan dan anak-anak Tuhan adalah Makhluk-makhluk. Dari kesimpulan itu, anak-anak Tuhan adalah hasil dari Bapa. Kristus adalah anak Tuhan, jadi Kristus adalah suatu hasil Bapa. Dia telah disalib dalam kelemahan namun hidup oleh kuasa Tuhan dan kita hidup di dalam dia dan terpelihara oleh kuasa Tuhan (2Korintus 13:4; 1Petrus 1:5).   Susunan siapa yang mendahului tidak menentukan pangkat. Pangkat diberikan oleh kuasa dan boleh menentukan susunan keutamaan. Allah seorang saja yang telah wujud sebelum mula dalam kekekalan berterusan, sebab Dia abadi (1Timotius 6:16). Maka Tuhan adalah sumber segala kekuatan yang dianugerahkan pada anak (1Petrus 3:2). Segala pemerintah yang ada telah ditetapkan oleh Tuhan (Roma 13:1).   Oleh kerana Kristus dan anak-anak adalah hasil-hasil Bapa, mereka lebih rendah dalam pangkat. Lebih rendah dalam pangkat tidak bererti bahawa mereka kekurangan dalam intipati mereka. Anak-anak Tuhan telah diberikan kuasa dari Tuhan sebab mereka dijadikan gambar-gambar Tuhan dan satu intipati dengan Tuhan. Intipati yang sama tidak memberikan keabadian bersama. Bapa secara logiknya adalah lebih dahulu dari anak atau jika tidak tiada apa-apa yang dapat didasarkan pada hubungan seperti itu yang mempunyai erti dalam bahasa. Ciptaan fizikal ditakdirkan akan rosak dan mati. Maka anak-anak fizikal mempunyai intipati yang berlainan. Maka itu ciptaan fizikal harus dilahirkan semula untuk memasuki Kerajaan Tuhan (Yohanes 3:3). Setiap satu yang begitu lahir dari Tuhan (1Yohanes 4:7) dan sesiapa yang lahir dari Tuhan tidak berdosa kerana dia lahir dari Tuhan (1Yohanes 3:9; 5:18). Anak-anak ini ditakdirkan untuk menjadi elohim seperti Malaikat Yehovah yang mengepalai mereka (Zakharia 12:8) dan memiliki hidup kekal (1Yohanes 5:11; 2:25) atas ketaatan seperti mana yang Kristus berikan kepada Bapa. Oleh kerana kehidupan Kristus yang taat dan tanpa cela, kematiannya dan kebangkitannya menjadi roh sebagai seorang anak Tuhan yang berkuasa (Roma 1:4) kini dia abadi. (Ibrani 5:6,8,9) dan berada di sebelah kanan Tuhannya dengan kuasa (Efesus 1:17-23). Ini adalah melalui Roh Kudus.   Apa yang Tuhan cipta, Dia dapat musnahkan. Jadi mereka yang tidak taat juga dapat dimusnahkan untuk selamanya (Wahyu 20:15).   Maka Kristus abadi sebagai elohim yang duduk di sebelah kanan Bapa sebagai Imam BesarNya namun dia tidak sama pangkat dengan Bapa. Dia juga tidak setaraf atau sama abadi melainkan oleh delegasi Bapa yang menganugerahkan segala sesuatu padanya (rujuk 1Korintus 15:24; Wahyu 12:5; 19:15).   Dari segi rohani dan biologi kita semua adalah anak-anak Tuhan namun kita dicipta untuk mengerjakan kuasaNya melalui delegasi sebagai elohim (Zakharia 12:8; rujuk 1Yohanes 5:11; 2:25).   Kristus tidak memiliki hidup dalam dirinya sendiri. Ini adalah tuntutan palsu trinitarian yang bertentangan dengan Yohanes 5:26.   Yohanes 5:26 Sebab sama seperti Bapa mempunyai hidup dalam diri-Nya sendiri, demikian juga diberikan-Nya Anak mempunyai hidup dalam diri-Nya sendiri.   Anak mempunyai hidup dalam dirinya oleh pemberian Bapa dan begitu juga kita semua. Maka Kristus wujud oleh pemberian Bapa.   Menuntut bahawa Kristus telah sentiasa wujud dan sentiasa akan wujud menyangkal karunia Tuhan dari ketaatan Kristus. Ianya bertentangan dengan ayat-ayat Kitab di atas dan menyangkal 1Timotius 6:13 di mana Allah memberi hidup kepada segala sesuatu. 1Timotius 6:16 jelas mengatakan bahawa hanya Allah saja yang abadi (tidak takluk kepada maut) dan bahawa tiada seorangpun manusia yang pernah melihatNya atau dapat melihatNya. Dia bersemayam dalam terang yang tak terhampiri dan dilihat hanya oleh makhluk-makhluk rohani. Kerana inilah orang Trinitarian cuba mengisytiharkan bahawa Bapa dan Anak adalah aspek-aspek Tuhan yang sama. Dengan itu wujudnya doktrin Monarchia and the Circumincession. Dari kemustahilan-kemustahilan logik ini Kristus dianggap berbeza namun tidak terpisah.   9. Doktrin Antikristus. Ianya berguna dari takat ini untuk memerhatikan Doktrin Antikristus pada 1Yohanes 4:1-2.   1Yohanes 4:1-2 Saudara-saudaraku yang kekasih, janganlah percaya akan setiap roh, tetapi ujilah roh-roh itu, apakah mereka berasal dari Allah; sebab banyak nabi-nabi palsu yang telah muncul dan pergi ke seluruh dunia. 2 Demikianlah kita mengenal Roh Allah: setiap roh yang mengaku, bahwa Yesus Kristus telah datang sebagai manusia, berasal dari Allah,   Pengertian ayat ini telah diubah. Tuntutan-tuntutan dari kumpulan Modalist, yang kemudiannya membuka jalan kepada keturunan mereka iaitu kumpulan Trinitarian, berusaha menegaskan bahawa Kristus tidak betul-betul mati dan bahawa sebahagian dirinya tertinggal di langit sebagai Tuhan. Ini merupakan bidaah yang dihadapi Yohanes dan yang dirujuknya. Ayat ini telah diubah pada tarikh terawal oleh kumpulan Modalist dan Trinitarian kerana ia menyamakan mereka dengan doktrin Antikristus. Ayat purba yang betul boleh dikenali dari Irenaeus (Bab 16:8, Ante-Nicene Fathers, Vol. 1, nota kaki halaman 443).   Demikianlah kita mengenal Roh Allah: setiap roh yang mengaku, bahwa Yesus Kristus telah datang sebagai manusia, berasal dari Allah, dan setiap roh, yang memisahkan Yesus Kristus, tidak berasal dari Allah tapi berasal dari roh Antikristus.   Socrates tokoh Sejarah berkata (VII, 32, halaman 381) bahawa bahagian ini telah dirosakkan oleh mereka yang ingin memisahkan kemanusiaan Yesus Kristus dari ketuhanannya. 10. Beberapa masalah trinitarian yang biasa dan penyelesaiannya. 10.1 Istilah-istilah mencipta, permulaan, melahirkan dan satu-satunya lahir dikelirukan dan disalahgunakan untuk mengaburkan ayat-ayatnya. Dalam Wahyu 3:14, Kristus dianggap sebagai permulaan (arche) ciptaan Tuhan. Terjemahan ini dituliskan sebagai pemerintah dalam NIV untuk mengatasi implikasi bahawa Kristus telah dicipta. Penggunaan istilah arche yang bermakna permulaan adalah penting memandangkan teologi awal kumpulan Gnostik. Perkataan arche digunakan dengan tepat dan bererti permulaan (lihat Roh Kudus (No. 117) CCG, 1995).   Perkataan yang juga berhubungan dengan penciptaan adalah prototokos di mana dalam Kolose 1:15, Kristus dinyatakan sebagai gambar Tuhan yang tidak kelihatan dan prototokos segala ciptaan. Di sini ia dituliskan sebagai yang sulung. Prototokos digunakan sebagai satu dari satu siri. Kristus adalah yang sulung dari ciptaan dari alam rohani. Dia adalah yang sulung atau prototokos Maria (Lukas 2:7). Matius 1:25 merujuk kepada Kristus sebagai sulungnya atau prototokos dalam Receptus.   Matius 1:25  tetapi tidak bersetubuh dengan dia sampai ia melahirkan anak laki-laki sulungnya dan Yusuf menamakan Dia Yesus.   Receptus mengatakan bahawa dia melahirkan anaknya laki-laki, anak sulungnya. Dan dia menamakannya Yesus (Yosua). Ini telah dihilangkan dari teks-teks moden berdasarkan bukti yang sangat lemah. Alkitab Companion berkata tentang teks ini berkenaan anak sulungnya:   Kata-kata ini telah dipetik dari Tatian (A.D. 172) dan dua belas dari para bapa sebelum abad 4, dan terkandung dalam hampir semua MSS, kecuali yang dari Vatican dan Sinai (Sinaitic) (abad 4). Semua teks [moden] tidak memasukkan “anak sulungnya” berdasarkan bukti lemah dan mencurigakan ini.   Ia memang bukti lemah dan mencurigakan. Mariolatry (Pemujaan Maria)  berasal dari Syria dan khususnya di Rom dari abad-abad kemudiannya. Ianya perlu juga untuk menyangkal bahawa Maria mempunyai anak-anak lain demi untuk mengukuhkan ketuhannya. Lukas tidak dapat diubah namun ia tidak jelas bahayanya seperti ayat dalam Matius. Hakikat bahawa Kristus mempunyai saudara lelaki dan perempuan tidak dapat dinafikan secara alkitabiah berdasarkan Matius 13:55 dan Markus 6:3.   Saudara-saudara Kristus adalah Yakobus dan Yusuf (Yoses) dan Simon dan Yudas (bukan Iscariot). Saudara-saudara perempuannya disebut dalam Matius 13:56 dan Markus 6:3 namun tidak dengan nama (lihat juga Matius 27:56). Yakobus disebut juga dalam Markus 16:1 dan Yudas disebut dalam Lukas 6:16. Dia dan Iscariot dibezakan dengan teliti. Dia disebutkan sebagai saudara Yakobus kerana teks-teks itu adalah selepas kebangkitan.   Tidak syak lagi bahawa Kristus dipandang, dari penggunaan prototokos, sebagai yang pertama dari satu siri dalam tiga segi. Dia adalah yang sulung dari segala yang diciptakan (Kolose 1:15). Dia adalah yang sulung dari anak-anak Maria (dari atas) dan dia juga adalah yang sulung dari antara orang mati (Kolose 1:18). Kita juga disesuaikan dengan gambar Kristus yang merupakan gambar Tuhan dan dengan itu dia menjadi prototokos atau yang sulung dari antara banyak saudara (Roma 8:29).   Penggunaan prototokos adalah sebagai yang pertama dari satu siri. Penggunaannya tidak tetap kerana orang Trinitarian menjauhi akibat-akibat tek-teks itu di mana mungkin. Istilah prototokos juga adalah istilah yang digunakan dalam Ibrani 1:6 apabila Tuhan membawa anak yang sulung ke dalam dunia. Ibrani 1:5 memetik Mazmur 2:7 yang menunjukkan bahawa Daud mengerti keanakan Mesias.   Pengenalan ini penting. Kristus adalah yang sulung dari ciptaan rohani. Dia juga adalah salah satu dari banyak anak-anak Tuhan namun dia adalah satu-satunya anak atau elohim yang dilahirkan. Maka dia disebutkan sebagai monogenes theos atau satu-satunya tuhan yang lahir dalam Yohanes 1:18. Receptus menulisnya monogenes uion atau satu-satunya anak (anak tunggal) untuk menjauhi implikasi monogenes theos namun istilah ini diketahui dahulukalanya sebagai monogenes theos. Maka dia adalah yang sulung dari segala yang diciptakan namun adalah satu-satunya yang dilahirkan dari anak-anak Tuhan. Kita semua dilahirkan semula kepada kedudukan anak-anak Tuhan namun prototokos hanya digunakan bagi Kristus berhubung orang mati.   Maka Kristus adalah tuhan tunggal yang dilahirkan namun adalah yang sulung dari ciptaan elohim atau theoi. Paulus berkata bahawa terdapat banyak theoi dan banyak kurioi namun untuk kita hanya ada seorang Allah Bapa, dari mana datangnya segala sesuatu dan satu Tuan Yesus Kristus (1Korintus 8:5-6).   Oleh itu hanya ada seorang Allah Maha Esa yang merupakan Bapa (Yohanes 17:3).   10.2 Kumpulan Trinitarian berpendapat adanya perbezaan antara Kristus dan anak-anak Tuhan yang lain yang merupakan malaikat-malaikat. Ini adalah pertimbangan anterior klasik. Kristus ditinggikan melebihi Angkatan malaikat oleh kebangkitannya dari antara orang mati. Seluruh teks dalam Ibrani menuliskan tentang penurunan pangkat di bawah para malaikat dan kenaikannya mengatasi mereka. Dia bukan selalu begitu seperti yang dilihat dari Ibrani 1:3-4.   Ibrani 1:3-4  Ia adalah cahaya kemuliaan Allah dan gambar wujud Allah dan menopang segala yang ada dengan firman-Nya yang penuh kekuasaan. Dan setelah Ia selesai mengadakan penyucian dosa, Ia duduk di sebelah kanan Yang Mahabesar, di tempat yang tinggi, 4 jauh lebih tinggi dari pada malaikat-malaikat, sama seperti nama yang dikaruniakan kepada-Nya jauh lebih indah dari pada nama mereka.   Ibrani 1:5 merujuk kepada hakikat bahawa hanya dia seorang saja yang pernah dilahirkan (gegenneka) dari Tuhan. Namun dia adalah prototokos yang dibawa ke dalam dunia. Dia telah diurapi dengan minyak tanda kesukaan melebihi teman-teman sekutunya (metoxous) (Mazmur 45:6-7; Ibrani 1:8-9). Malaikat-malaikat adalah roh-roh yang melayani yang diutus untuk melayani mereka yang harus memperoleh keselamatan (Ibrani 1:14). Teks ini telah dianggap memburukkan kedudukan Angkatan Syurgawi dan menjadikannya mustahil untuk Kristus pernah menjadi salah seorang dari mereka dan bagi mereka menjadi setaraf dengan umat pilihan. Ini betul-betul menyalahfaham teks Ibrani. Ibrani dilayakkan oleh kesaksian Kristus yang menyatakan bahawa takdir umat manusia adalah untuk menjadi sama seperti malaikat (isaggelos; Lukas 20:36). Kristus akan mengakui kita di hadapan para malaikat Tuhan (Lukas 12:8-9) yang merupakan saudara-saudara kita (Wahyu 12:10).   Maka ianya jelas bahawa Mesias perlu menebus dosa pada dua tingkat dan telah dijadikan imam besar dan raja atas kedua-dua alam rohani dan fizikal.   Hakikat bahawa para malaikat adalah bawahan kepada Kristus tidak bermakna bahawa Kristus setara dengan Tuhan dan ini juga tidak bermakna bahawa kita akan berada pada taraf yang berlainan atau intipati yang berlainan dengan Tuhan atau Kristus atau para malaikat. Kita semua akan menjadi anak-anak Tuhan kerana mereka masih adalah anak-anak Tuhan. Mereka sama intipati dengan Bapa seperti Kristus dan sama seperti kita satu intipati dengan Bapa (lihat Satu Bersama Dengan Bapa (No. 81), CCG, 1994)   Kita miliki Roh Kudus dan atas sebab itu kita adalah satu intipati. Tuhan menggandakan diriNya dan hakikatnya adalah Dia bermaksud untuk menjadi semua dalam semua (Efesus 4:6; 1Korintus 15:28 KJV; lihat juga Teks Utama Marshall’s Interlinear). Kerana diciptakan kita satu intipati dengan Bapa melalui perluasan seperti juga semua anak-anak Tuhan. Secara definisi, kepenuhan ketuhanan yang berdiam dalam individu membolehkan kemampuan untuk menjadi Tuhan dalam anak-anak. Oleh itu mereka, secara definisi, adalah dari intipati yang sama. Hakikat penjanaan atau penciptaan tidak mengharuskan pembezaan intipati. Ianya juga tidak dinyatakan begitu di mana-mana dalam Alkitab.   Kita semua mengambil bagian dalam sifat atau kodrat ilahi (2 Petrus 1:4). Hakikat itu bagaimanapun tidak menganugerahkan kekekalan dan kekuasaan secara automatik. Lebihan pula, kekekalan yang dianugerahkan tidak bermaksud bahawa kekekalan sama itu wujud selamanya. Ianya diberikan oleh Tuhan namun tidak wujud dalam Kristus ataupun Angkatan Syurgawi ab-origine atau dari mula. Maka sifat-sifat kekekalan bersama dan kesetaraan bersama tidak dianugerahkan kepada sebarang makhluk dengan mengambil bagian dalam kodrat ilahi dan intipati Bapa. Jadi hanya Allah saja yang abadi (1 Timotius 6:16).   Menuntut bahawa Kristus adalah Tuhan sejati adalah satu bidaah yang melanggar perintah pertama. Hanya ada seorang Allah Maha Esa (Yohanes 17:3; 1Yohanes 5:20) dan Yesus Kristus adalah anakNya. Kristus bukanlah Tuhan sebenar. Jika benar maka, secara definisinya, akan ada dua Allah benar dan kalau begitu maka Kitab Perjanjian Baru adalah palsu. Menuntut kewujudan dua Allah benar disangkal oleh kumpulan Trinitarian. Satu-satunya pihak yang menuntut kepalsuan bukan alkitabiah sebegitu adalah kumpulan-kumpulan yang dikenali sebagai Binitarian yang terjerumus ke dalam perangkap logik yang dipasang oleh kumpulan Trinitarian. Binitarianisme merupakan satu penyimpangan lewat. Ia biasanya ditemui dalam orang-orang dengan latar belakang trinitarian yang melihat kesalahan Trinitarianisme dari Alkitab namun tidak mahu kelihatan seperti tidak beriman dalam pengertian trinitarian dengan mengurangkan kedudukan Kristus. Kedudukan ini sememangnya karut dan mengabaikan Kitab Suci. Binitarianisme secara logiknya adalah politeis dan itulah sebabnya kenapa Trinitarianisme terdorong untuk menyangkal pemisahan Tuhan dan Kristus dalam Ketuhanan. Maka mereka dianggap sebagai berbeza namun tidak terpisah. Ini adalah karut dari segi pengertian alkitabiah. Alkitab cukup jelas bahawa hanya terdapat seorang Tuhan yang benar dan bahawa dia adalah Allah dan Bapa Yesus Kristus dan Allah dan Bapa kita semua (Yohanes 20:17).   Kristus tidak sama dengan Bapa (Matius 19:17; 20:23; Markus 13:32; Yohanes 12:29; 14:28; 1Korintus 3:23; 11:3; 15:28).   Kristus tidak sama-sama abadi dengan Bapa (1Timotius 6:16). Hanya Tuhan wujud di luar batasan waktu iaitu sebelum permulaan, kerana waktu adalah hubungan antara dua atau lebih objek.   Hanya Tuhan yang merupakan alfa dan omega, yang awal dan yang akhir. Aku adalah Alfa dan Omega, firman Tuhan Allah [itu] (Wahyu 1:8). Artikel definit itu tidak diterjemahkan sesudah “Allah” dalam ayat-ayat.   Kewujudan sebagai alfa dan omega adalah sebagai seorang yang sekarang ada dan yang dulu ada dan yang akan datang ada. Dialah Yang Mahatinggi. Allah Bapalah yang berfirman di sini. Tuhan inilah yang memberikan kitab Wahyu kepada Kristus supaya ia dapat dinyatakan kepada hamba-hambanya.   Maka Kristus tidak mahatahu sama ada sebagai seorang manusia (Markus 13:32) ataupun sebagai makhluk ilahi (Wahyu 1:1).   Dengan itu sifat-sifat Tuhan adalah melalui delegasi. Namun kita semua adalah elohim, anak-anak Yang Mahatinggi kita sekalian (memetik Mazmur 82:6) dan Kitab Suci tidak boleh dibatalkan (Yohanes 10:34-35).   Kristus dan semua elohim adalah bawahan kepada Tuhan yang bertindak di bawah delegasi. Kekurangan yang diandaikan dari kedudukan ini oleh pihak Trinitarian adalah seperti yang telah kita lihat berkaitan dengan keperluan untuk meninggikan Kristus untuk menghapuskan keperluan memelihara hukum-hukum Tuhan. Namun dosa adalah pelanggaran hukum (1Yohanes 3:4) iaitu hukum yang sempurna yang memerdekakan orang (Yakobus 1:25) dan melaluinya kita dihakimi (Yakobus 2:12).   Ianya juga pertimbangan paling tidak masuk akal untuk mencadangkan, seperti yang diperlukan secara logik oleh Trinitarianisme, bahawa suatu makhluk boleh menjadi Imam Besarnya sendiri. Pertimbangan sia-sia dan bermasalah seperti itu akan menghindari makhluk sebegitu dari gelaran Tuhan.   Dari kedudukan di atas, berhubungan Tuhan, Kristus dan Angkatan Syurgawi sebagai anak-anak Tuhan, ianya tidak sukar untuk melihat aspek-aspek ciptaan melalui delegasi di bawah kehendak dan rencana Bapa. Dari kuasa yang dianugerahkan ini Kristus mencipta seperti yang kita perhatikan dari Kolose 1:16-18. Dengan ini Kristus juga menjadi waris kepada sifat-sifat yang disediakan untuk pusakanya, seperti yang kita lihat dari Yesaya 9:6. Kristus juga boleh menjadi bapa kekal kerana terdapat banyak kebapaan di syurga dan di bumi (Efesus 3:14). Perkataan yang diterjemahkan sebagai turunan (family) di sini adalah patria atau kebapaan. Maka gelaran bapa sama ada untuk keluarga atau Keluarga Tuhan adalah gelaran yang didelegasi yang menandakan tanggungjawab terbesar pemegang gelaran ini.   Kristus adalah yang sulung dari setiap makhluk. Menegaskan dari ini bahawa ini tidak bererti dia adalah makhluk mengarutkan falsafah bahasa yang diterima. Ini merupakan ketidaktetapan trinitarian yang klasik.   Kristus adalah Mesias keturunan Yehuda dan waris kepada janji-janji Tuhan. Dia adalah waris kepada takhta Daud. Daud tidak mewarisi apa-apa dari Kristus. Daud adalah sebahagian dari keturunan Mesias dan dengan siapa dia menjadi waris bersama seperti juga semua anak-anak Tuhan dari kebangkitan dari antara orang mati. Seorang waris hanya menjadi prototokos atau yang sulung dari satu siri jika dia adalah yang sulung, dan kedudukan itu adalah milik Kristus dari kebangkitannya sebagai anak Tuhan yang berkuasa dari antara orang mati (Roma 1:4). Semua dalam siri ini adalah waris-waris dari segi alkitabiah seperti yang kita lihat di atas. Tuhan berfirman kepada kita melalui anakNya yang ditentukanNya sebagai waris segala sesuatu namun kita adalah waris-waris bersama seperti yang kita lihat dari berbagai ayat di atas (contohnya Roma 8:16-17 dan sebagainya).   Sifat-sifat Tuhan dianugerahkan oleh Tuhan mengikut kehendakNya. Kristus mengambil bagian dalam sifat ilahi seperti juga kita semua. Maka kita semua menjadi elohim atau theoi atau tuhan-tuhan namun kita tidak sama kesetaraan atau sama abadi walaupun kita diberikan hidup kekal kerana kita mengenal Allah Maha Esa dan anakNya Yesus Kristus (Yohanes 17:3). Kita ditentukan untuk mencapai hidup kekal (1Timotius 6:19) sebagai waris-waris sesuai dengan pengharapan kita (Titus 3:7).   Kristus, belajar ketaatan dengan apa yang dideritainya, disempurnakan, dan kepada semua yang patuh kepadanya, menjadi pembawa (Teks Utama Marshall’s Interlinear) keselamatan kekal, dijadikan Tuhan sebagai Imam Besar menurut mazhab Melkisedek (Ibrani 5:8-10). Dengan itu Kristus disempurnakan dan kerana ketaatannya, membolehkan kita semua untuk memperolehi hidup kekal dan keselamatan namun dia sendiri bukanlah sumber hidup kekal itu. Hidup kekal telah dijanjikan kepada kita oleh Tuhan (1Yohanes 2:25). Hanya Tuhan saja yang abadi. Tuhan telah memberi kita karunia hidup kekal (1Yohanes 5:11-13). Inilah Allah yang benar dan hidup yang kekal (1Yohanes 5:20).   Semua kita dijadikan menurut gambar Tuhan; makhluk-makhluk fizikal dan rohani (Kejadian 1:26-27). Roh Kudus merupakan dimensi yang tidak ada yang dibawa masuk ke dalam dunia seperti yang kita saksikan dari Yohanes 1:9. Kristus bukanlah terang itu dan dia juga bukan pengeluar terang itu. Tuhan adalah sumber terang itu dan terang ituu adalah kuasa Tuhan yang kita kenali sebagai Roh Kudus. Kristus, sebagai alat keselamatan kekal Tuhan, telah dinubuatkan oleh para nabi (Yeremia 23:5,6; Yesaya 43:11, rujuk Lukas 2:11; Yesaya 45:15-24). Seperti yang kita lihat Tuhan telah memuliakan Kristus dari ketaatannya, yang merendahkan dirinya hingga mati, dan melimpahkan nama dan kekuasaan padanya yang mengatasi segala nama (Filipi 2:5-11). Maka hak Bapa untuk menganugerahkan kekuasaan tidak dapat disangkal lagi. Menyimpulkan kesetaraan dari teks ini adalah cukup salah. Kristus tidak pernah pada bila-bila masa dalam hidupnya mengatakan bahawa dia adalah Tuhan dan sesungguhnya hanya merujuk kepada Bapa sebagai Tuhan. Yohanes dan Paulus berkeras bahawa tiada seorangpun yang pernah melihat Tuhan walaupun Kristus dilihat dan didengari beribu-ribu orang.   Dia datang dalam nama Bapanya dan mereka tidak menerimanya (Yohanes 5:43). Dialah nabi yang dinubuatkan melalui Musa (Ulangan 18:18-19).   Ulangan 18:18-19 seorang nabi akan Kubangkitkan bagi mereka dari antara saudara mereka, seperti engkau ini; Aku akan menaruh firman-Ku dalam mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang Kuperintahkan kepadanya. 19 Orang yang tidak mendengarkan segala firman-Ku yang akan diucapkan nabi itu demi nama-Ku, dari padanya akan Kutuntut pertanggungjawaban.   Mesias berfirman dalam nama Tuhan namun dia bukan Tuhan. Dia seorang elohim, salah satu dari anak-anak Tuhan, namun dia bukan Eloah yang merupakan Allah (ton theon) iaitu Allah Bapa Perjanjian Baru. Kristus taat kepada Dia yang menjadikannya (lit: kepada [dia] yang membuatnya Ibrani 3:2; Marshall’s Interlinear; poiesanti diterjemah sebagai ditetapkan oleh kumpulan Trinitarian). Poieo atau dibuat adalah pengertian yang difahami dan diperdebatkan pada Sidang Nicea.   Kepercayaan trinitarian seperti yang dinyatakan dalam syahadat-syahadat seperti syahadat Nicene adalah bertentangan dengan ajaran-ajaran iman yang jelas seperti yang disampaikan dalam Alkitab.   Sejarah Sidang-sidang Nicea, Constantinople dan Chalcedon dan syahadat-syahadat seterusnya akan menjadi subjek karangan-karangan lanjutan.   Syahadat Nicene cuba menegaskan satu siri premis palsu yang disangkal oleh Alkitab. Secara ringkasnya ia cuba memberi bayangan bahawa Kristus adalah anak tunggal Tuhan sedangkan ini palsu seperti yang telah kita lihat. Tuntutan-tuntutan tentang bagaimana Kristus adalah satu intipati dengan Bapa sekali lagi cuba menjadikan Kristus berlainan dari semua makhluk lain. Ia juga cuba menuntut bahawa dia adalah Tuhan benar dan ini adalah penghujatan yang nyata dari berbagai teks yang dikutip di atas. Kristus adalah batu sandungan. Umat Trinitarian tidak memahami nubuatan dan korban. Kristus adalah   batu yang akan membuat orang tersandung padanya, karena mereka tidak taat kepada Firman Allah; dan untuk itu mereka juga telah disediakan. Tetapi kamulah bangsa yang terpilih, imamat yang rajani, bangsa yang kudus, umat kepunyaan Allah sendiri, supaya kamu memberitakan perbuatan-perbuatan yang besar dari Dia, yang telah memanggil kamu keluar dari kegelapan kepada terang-Nya yang ajaib: kamu, yang dahulu bukan umat Allah, tetapi yang sekarang telah menjadi umat-Nya, yang dahulu tidak dikasihani tetapi yang sekarang telah beroleh belas kasihan. (1 Petrus 2:8-10).   Hanya ada seorang Allah Maha Esa (Yohanes 17:3; 1 Yohanes 5:20) yang merupakan Allah dan Bapa Yesus Kristus dan Allah dan bapa kita semua (Yohanes 20:17). Tiada seorangpun yang pernah melihat Tuhan ini, ataupun mendengar suaraNya dan memang tidak akan melihatNya. Dia bersemayam dalam terang yang tidak dapat dihampiri dan hanya Tuhan ini saja yang abadi (1 Timotius 6:16). Dia menganugerahkan pada semua yang mentaatiNya kapasitas untuk menjadi anak-anak Tuhan (Roma 8:14; Galatia 4:5-6; Ibrani 2:10; 1 Yohanes 3:1-2; rujuk Ibrani 5:9) dan dengan demikian elohim (Zakharia 12:8) atau theoi. Jadi Allah adalah Esa.

5 Responses

  1. […] Pandangan Aliran Jemaat Al-Masehi terhadap Ketuhanan Kristus dan Trinitas Categories: Link-link Pembongkar Kedustaan Komentar (0) Lacak Balik (0) Tinggalkan komentar Lacak balik […]

  2. […] Pandangan Aliran Jemaat Al-Masehi terhadap Ketuhanan Kristus dan Trinitas […]

  3. […] Pandangan Aliran Jemaat Al-Masehi terhadap Ketuhanan Kristus dan Trinitas […]

  4. […] Pandangan Aliran Jemaat Al-Masehi terhadap Ketuhanan Kristus dan Trinitas […]

  5. Mas, maaf nih, postingannya yang di garis pinggir kanan termakan garis. Jadinya nggak jelas. Kalau nggak mungkin diperbaiki, kami sarankan ganti saja theme-nya. Sukron….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: